Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Syamsul Debat Bakal Ambil Alih Populariti Azhar Idrus

Syamsul Debat Bakal Ambil Alih Populariti Azhar Idrus


Image result for USTAZ SYAMSUL DEBAT DI PAU 2016
Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau mesra dikenali dengan nama Syamsul Debat nampaknya semakin popular di tanah air memandangkan ucapan penuh makna beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 baru-baru ini mewakili UMNO Negeri Sembilan.

Video ucapan beliau di YouTube di saluran UMNO Online sudah ditonton sebanyak 356,450 kali sejak dimuatnaik ke laman berkenaan pada 2 Disember lepas.

Sedikit sebanyak, Syamsul kini menenggelamkan nama Pendakwa Bebas dari Terengganu yang gemar memberikan ucapan yang pro kepada pembangkang yang berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus tidak lama lagi.

Mungkin juga ketika ini, nama Azhar sudah semakin dilupakan apabila kebanyakan soalan yang diterima dalam program ceramahnya di seluruh negara merupakan soalan-soalan remeh yang dilayan oleh beliau untuk mengundang gelak ketawa para penontonnya sahaja.

Ia berbeza dengan Syamsul yang menggunakan jenaka dan loghat Negeri Sembilannya untuk mengundang ketawa tetapi disusuli dengan pesanan bersama mesej yang serius melibatkan perpaduan bangsa dan kebaikan agama Islam untuk dihayati orang yang mengikuti ceramahnya.

Pada PAU 2016 itu sahaja, Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) begitu penuh dengan Perwakilan dari seluruh negara mengikuti dengan tekun ucapannya yang kali pertama disampaikan dalam PAU.

Bukan setakat di PAU, populariti Syamsul kini semakin meningkat apabila video ceramah beliau yang lain di beberapa lokasi di seluruh negara kembali dicari dan ditonton orang ramai yang meminatinya selepas mula muncul di stesen televisyen Al-Hijrah.

Pesanan positif Syamsul dalam ucapannya di PAU dengan memberikan contoh serta nasihat yang mudah difahami nampaknya bakal memberikan dimensi baru kepada ahli-ahli UMNO dalam berpolitik khususnya dalam memelihara perpaduan parti dan mengelak dari mencaci serta fitnah.

Kemunculan Syamsul memang tepat di saat golongan ilmuwan agama semakin mendapat tempat di dalam masyarakat melalui majlis-majlis ilmu yang bermanfaat dan berfaedah.


Jika ada seorang ustaz yang pandai berceramah dan ada membawa unsur kelucuan di dalam ceramahnya pasti dengan mudah mereka akan mendapat tempat dalam komuniti orang ramai.

Syamsul akan terus kekal diterima lebih lama dalam masyarakat jika terus memberikan pesanan positif secara berterusan dan menyemai elemen perpaduan serta masa depan Islam yang lebih baik.
 Kerajaan Dicadang Kenal Pasti Bantuan Jangka Panjang Ganti BR1M

Kerajaan Dicadang Kenal Pasti Bantuan Jangka Panjang Ganti BR1M



KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengenal pasti kaedah dan alternatif bantuan bersifat jangka panjang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi menangani bebanan yang ditanggung golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) di negara ini.

Senator Datuk Chin Su Phin berpendapat langkah itu dapat digantikan dengan pemberian subsidi seperti menyediakan barangan asas dan perkhidmatan lain selain menambah Skim Perumahan khasnya kepada golongan B40.

"Kita sedar populasi penduduk di negara ini bertambah kian tahun dan setiap tahun kadar rakyat yang layak menerima BR1M meningkat selain kadar pemberian BR1M juga meningkat dan semakin menekankan kewangan kerajaan.

"Maka, langkah alternatif lain perlu bagi memberi kesan yang lebih membantu keseluruhan rakyat Malaysia dan golongan sasaran juga tidak dipinggirkan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara, pada Isnin.

Sejak BR1M diperkenalkan (pada 2012) adakah kerajaan membuat kajian terperinci mengenai impak ekonomi kepada golongan B40 dan negara secara keseluruhannya dan sampai bila program itu akan diteruskan, katanya.

Sambil menyokong rancangan rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan, katanya kerajaan juga perlu mengkaji satu kaedah bantuan lebih memberi manfaat kepada golongan M40 yang tidak layak menerima BR1M seperti kemudahan asas perlindungan insurans, perubatan dan bantuan pendidikan anak-anak.

Kumpulan B40 ditakrifkan sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319.

Sementara itu, Datuk Abdullah Mat Yassin meminta kerajaan memberi fokus kepada projek-projek berskala kecil yang memberi impak kepada kehidupan penduduk luar bandar.

Beliau berkata penduduk luar bandar tidak dapat menikmati manfaat secara terus melalui projek-projek mega yang sedang dilaksanakan kerajaan.

"Program-program seperti membaiki rumah rakyat di luar bandar perlu diteruskan kerana projek sebegitu dapat membantu rakyat berbanding projek mega di kawasan bandar kerana penduduk juga mahu merasai sentuhan bantuan kerajaan secara terus," katanya.Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali kedua dan disokong Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Lee Chee Leong.

Persidangan dewan bersambung esok.-Bernama
KEMAS4U Semarakkan Desa Hebat Dan Meriah

KEMAS4U Semarakkan Desa Hebat Dan Meriah


Semarak Desa antara fokus utama program Karnival KEMAS 4U peringkat negeri Perak yang diadakan di Daerah Kerian Parlimen Parit Buntar. KEMAS Bagan Serai menjadi tuan rumah untuk program ini yang berlangsung di Dewan Datuk Zainal Abidin Zain.
Karnival ini berlangsung selama dua hari bermula pada 5 Disember 2016 hingga 6 Disember 2016.
Terdapat pelbagai acara yang disusun bagi memeriahkan program. 


Pertandingan mengubah bunga plastik, pertandinga pulut kuning, make up pengantin, pakaian beragam kanak-kanak tabika antara acara yang berlangsung pada hari pertama karnival.


Turut diadakan kursus Biz On line dan kursus andaman dan solekan.
Selain dari itu gerai jualan dan both oameran dari beberapa Jabatan Kerajaan turut serta bersama berganding bahu memeriahkan program.
Acara penutup dan perasmian diadakan pada hari ke dua karnival
Perasmian disempurnakan oleh Datuk Dr Mohd Nizar B Zakaria Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Pendidikan Islam Dan Pembangunan Sahsiah negeri Perak


Turut hadir YB Datuk Sham B Mat Sahat, Datuk Abu Bakar B Mat Ali, Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu, AJK Bahagian UMNO Bagan Serai, Ketua Kampung, dan masyarakat sekitar.
Sambutan diberi amat baik dan memgalakan dengan terutamanya para hadirin dihiburkan dengan nyanyian artis seperti Ibnor Riza, Razif Ismail dan Salwa Abd Rahman.
Dari temubual rata-rata menyokong program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.


#PRU14: Barisan Nasional (BN) Perak Tumpu Kawasan Menang PRU13

#PRU14: Barisan Nasional (BN) Perak Tumpu Kawasan Menang PRU13

Image result for zambry dan bn

LUMUT - Dalam usaha memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang, Barisan Nasional (BN) Perak akan memberi tumpuan penuh kepada kawasan-kawasan yang dimenanginya semasa PRU ke-13.

Selain itu, BN Negeri akan berusaha menawan kerusi-kerusi lawan untuk memastikan BN terus berkuasa di Perak, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kesemua 59 kawasan di Perak perlu diberi perhatian namun, sudah semestinya kita akan memberi perhatian kepada kawasan yang dimenangi semasa PRU13,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan persekolahan program Kembali Ke Sekolah 2017 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 600 pelajar sekolah menengah dan rendah dari sekitar Lumut menerima bantuan persekolahan sumbangan PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dengan 31 daripadanya dimenangi BN, DAP (18), PKR (5) dan PAS (5). Namun, satu daripada kerusi PAS kini disandang wakil Parti Amanah Negara.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata kerajaan negeri akan menggunakan acuan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen di negeri itu dalam berdepan PRU14.

“Bukan mahu memuji diri sendiri tetapi kami diiktiraf sebagai ‘war room’ terbaik bagi zon utara untuk PRK,” katanya sambil memberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu acuan itu dikongsikan dengan negeri lain.

Najib, yang juga Presiden UMNO semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2016, minggu lepas membayangkan bahawa PRU14 akan diadakan tidak lama lagi.

Mandat kerajaan BN bakal berakhir pada Jun 2018.
Jumlah Ahli UMNO Terkini Cecah 3,577,719 – Tengku Adnan

Jumlah Ahli UMNO Terkini Cecah 3,577,719 – Tengku Adnan

Image result for tengku adnan tengku mansor

KUALA LUMPUR – Keanggotaan UMNO mencecah 3,577,719 orang sehingga kelmarin dengan bilangan cawangan sebanyak 21,653 di seluruh negara, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata dalam keadaan UMNO didesak dan dimomok dengan pelbagai tohmahan, keanggotaan parti terus bertambah dan mendapat sokongan dari semasa ke semasa.

“UMNO hari ini bukan sahaja mendukung inspirasi bangsa Melayu tetapi turut menjadi teras sebagai tempat berpaut rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Kesatuan dalam kepelbagaian turut bersemarak dalam UMNO biarpun parti ini berteraskan agama, bangsa dan negara. Nasionalisasi UMNO bersendikan dasar-dasar kerajaan dengan kita mengangkat Transformasi Nasional (TN50) untuk generasi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Perhimpunan yang dihadiri 2,643 perwakilan itu dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pada tahun ini UMNO dan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan pelbagai dugaan suka dan duka yang dilalui dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.

Beliau berkata kemenangan besar BN di Sarawak dan dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti yang bertambah, jelas menunjukkan parti itu terus mendapat sokongan rakyat.

“Asas penubuhan dan perjuangan UMNO tidak pernah berubah seiring dengan usia UMNO 70 tahun. Perjuangan berteraskan dukungan dan cita-cita kebangsaan demi mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

“Kita akan pastikan UMNO terus kekal di sanubari dan pendekatan dilaksanakan UMNO terus unggul,” katanya. – Bernama
Kelab UMNO Luar Negara Harus Tangkis Dakyah Pembangkang - Annuar Musa

Kelab UMNO Luar Negara Harus Tangkis Dakyah Pembangkang - Annuar Musa

annuar musa


KUALA LUMPUR – Anggota Kelab UMNO luar negara hendaklah memainkan peranan yang lebih Katanya anggota kelab boleh berkongsi informasi dan pandangan mereka mengenai negara, tanpa batas melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter atau platform media sosial yang lain.-Bernamatif dan menyeluruh bagi mengelakkan mahasiswa di luar negara terpengaruh dengan dakyah dan propaganda pembangkang yang cuba memburukkan negara, kata seorang pemimpin UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata anggota kelab UMNO mampu menangkis dakyah pembangkang kerana mereka boleh mempengaruhi golongan pelajar yang merupakan kalangan orang muda.

Beliau berkata kelab-kelab UMNO luar negara boleh menjadi jurubicara hal-hal negara terutamanya yang berkaitan dengan perjuangan bangsa dan bukannya semata-mata hanya sebagai satu kelab sosial atau kelab biasa.

“Saya mengharapkan kelab-kelab UMNO yang ada sekarang ini, selain daripada menjalankan tugas menjaga kebajikan pelajar Malaysia di luar negara, mereka hendaklah juga menjunjung tinggi dan menyambung aspirasi serta mendukung falsafah UMNO itu sendiri kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan.

“Misalnya jika ada dalam kalangan generasi muda yang tersasar dari segi kefahaman dalam urusan kenegaraan dan sebagainya, mereka adalah orang yang terbaik untuk membetulkannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama anggota Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO, di sini malam tadi.

Pada masa ini terdapat sebanyak 80 buah kelab UMNO luar negara iaitu di United Kingdom, Ireland, Indonesia, Mesir, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Jerman, Rusia, Jepun, Jordan, Kanada, Korea Selatan, Pakistan dan Perancis.

Annuar berkata anggota kelab juga mampu berbahas dan memberi jawapan tentang pelbagai isu yang dibangkitkan di Malaysia seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana mereka juga merasai cukai seumpama itu melalui Cukai Nilai Tambah (VAT) di luar negara.

“Saya hendak tengok lebih ramai orang muda bangkit dan mempertahankan kerajaan,” katanya sambil menambah kata anggota kelab hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa negara supaya mereka mudah membantu orang muda memahami isu.

“Dalam dunia tanpa sempadan ini, kalau mereka di England sekalipun bukan bermakna mereka tidak boleh perjuangkan apa yang ada di Malaysia…semuanya kini berada di hujung jari,” katanya.

Katanya anggota kelab boleh berkongsi informasi dan pandangan mereka mengenai negara, tanpa batas melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter atau platform media sosial yang lain.-Bernama
PRU14 – Pilih Kerajaan BN Pimpinan UMNO Atau Pembangkang Diterajui DAP.

PRU14 – Pilih Kerajaan BN Pimpinan UMNO Atau Pembangkang Diterajui DAP.

Image result for najib di PAU2016


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan UMNO dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui Dap.

Presiden UMNO berkata rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.

“Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini, hari ini.

Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya Dap berkuasa.

Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya.

Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.

“Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada UMNO, parti yang mampu membela keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya

Presiden UMNO turut mengingatkan rakyat syiar Islam dan pengamalannya akan diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah sekali gus membangkitkan rasa risau, sakit hati dan marah dalam kalangan umat Islam.

Najib berkata perkara itu tidak mustahil apabila Perlembagaan Dap langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak menjunjung institusi Raja-Raja Melayu, malah tiada komitmen untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.

Lebih membimbangkan, katanya, kewujudan institusi-institusi berkaitan Melayu Islamseperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji; Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar.

“Inilah janji-janji yang ditepati dan bukti-bukti khidmat kerajaan indukan UMNO dan BN kepada rakyat dengan sentiasa istiqamah serta wasatiyyah dalam menghargai semua golongan, tanpa mengira bangsa serta agama,” katanya.

Najib memberi jaminan kerajaan diinduki kepimpinan UMNO akan terus berlaku adil dan menjamin hak serta kepentingan masyarakat bukan Islam selari dengan yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya berbeza dengan Dap, kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap setiap keluhan rakyat terutama dalam meringankan kos sara hidup rakyat.
#PAU 2016 : PRU14 Tidak Lama Lagi - Najib

#PAU 2016 : PRU14 Tidak Lama Lagi - Najib



KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal tiba tidak lama lagi, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.
Menguatkan lagi kenyataan beliau itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini adalah untuk para perwakilan menerima amanat dan pesanan sebagai persiapan bertempur di medan juang PRU14.
Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.
Walaupun tidak menyatakan bila pilihan raya itu akan diadakan, perdana menteri berkata PRU14 akan menjadi penentu sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau rakyat memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal  melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.
Najib berkata kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menyuntik semangat kejayaan besar BN pada PRU14 nanti.
Dalam ucapan dasar yang disampaikan secara berterus-terang dan matang itu, Najib yang bercakap sebagai seorang Melayu, seorang Islam, seorang bumiputera dan seorang anak Malaysia, telah membakar semangat para anggota Umno untuk bersiap sedia meraih kemenangan BN pada PRU14.
Perhimpunan Agung Umno 2016 dihadiri 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.
Setakat Rabu, keanggotaan Umno telah mencecah 3,577,719 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,653. - Bernama

#PAU 2016 : Tun Mahathir Di Kemuncak Kederhakaan Kepada Umno - Najib

#PAU 2016 : Tun Mahathir Di Kemuncak Kederhakaan Kepada Umno - Najib

KUALA LUMPUR: Seorang negarawan terbilang yang disanjung sekian lama dan kemudiannya berpaling tadah boleh dianggap ‘derhaka’ kepada parti, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, kemuncak kederhakaan berlaku apabila bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak bersekongkol dengan pembangkang dan musuh Umno.
“Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun. 
“Hakikatnya, inilah kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanahairnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.
Perdana menteri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Dr Mahathir yang kini tidak lagi bersama Umno dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional.
“Beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak matawang,” katanya.
Bagaimanapun Najib berkata beliau akan terus setia bersama Umno dan menjadi pemimpin matang dan berjiwa besar dalam berdepan pelbagai tohmahan serta kritikan daripada pihak lawan.
Sambil menyatakan bahawa beliau tidak akan melupakan sumpah dan taat setia yang telah dilafazkannya sebagai pemimpin, beliau juga sempat menyindir Dr Mahathir yang sinonim dengan ungkapan ‘Melayu Mudah Lupa’.
“Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu Mudah Lupa.
“Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti,” katanya.
#PAU 2016 : Najib Imbas Kesetiaan Terhadap Tun Mahathir

#PAU 2016 : Najib Imbas Kesetiaan Terhadap Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bersaksikan 2,729 perwakilan, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan sedikit ‘ruang’ dalam teks ucapan dasarnya khusus untuk Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengimbas kembali wala' serta kesetiaannya terhadap bekas pemimpin parti dan negara itu.
Najib berkata, prinsip kesetiaan kepada pemimpin dan falsafah wala’ yang sentiasa dipegang dirinya dan ahli-ahli Umno lain selama ini adalah antara sebab Umno mampu bertahan sehingga kini.

Malahan, katanya, masih diingat bagaimana beliau terpaksa ‘mengenepikan’ Tengku Razaleigh Hamzah sehingga rakan baiknya itu berkecil hati semata-mata mahu menunjukkan kesetiaannya terhadap Dr Mahathir selaku presiden parti pada pemilihan Presiden Umno 1987.

“Dalam episod pertembungan antara Team A dan Team B, semasa pemilihan Presiden Umno pada 1987, sebagai yang telah saya sebutkan pada perhimpunan agung tahun lalu, ketika itu siapa yang setia berada di belakang Dr Mahathir kalau bukan kita, ahli-ahli Umno.

“Hinggakan Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati atas keputusan saya dan pasukan berpihak kepada Dr Mahathir. Namun ketahuilah, saya lakukan itu semata-mata berpegang atas prinsip wala’ dan tuntutan kesetiaan kepada seorang presiden parti, walaupun secara peribadinya saya sangat akrab dengan Tengku Razaleigh dan sehingga kini saya tetap menghormati beliau sampai bila-bila,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Perdana menteri turut mengimbas peristiwa apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988 mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram.

“Siapa juga pada saat-saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir selaku presiden, sehingga Umno baharu secara rasmi diterima semula secara sah?
“Siapa lagi, siapa lagi, kalau bukan kita, orang-orang Umno,” katanya.

Najib bagaimanapun kecewa apabila Dr Mahathir sendiri, pemimpin yang dikasihi dan dipatuhinya selama ini telah berpaling tadah dan bersubahat dengan pembangkang dan pihak yang menjadi musuh Umno.

Katanya, apa yang dilakukan Dr Mahathir itu adalah kemuncak penderhakaan terhadap Umno, bangsa dan tanahair.

“Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

“Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros (George Soros) yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak matawang,” katanya.

Najib seterusnya membuat kesimpulan bahawa wala’ dan kesetiaan dalam budaya, bangsa dan agama merupakan semangat sepasukan dalam satu saf yang kukuh, tidak terpisah daripada pemimpin dan ketuanya. -mstar
Kukuhkan Perpaduan Utamakan Rakyat Amalan UMNO Yang Perlu Dikekalkan

Kukuhkan Perpaduan Utamakan Rakyat Amalan UMNO Yang Perlu Dikekalkan



Anggota UMNO diingatkan supaya sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun dan beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan.


"Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!," kata Perdana Menteri dalam catatan Facebooknya hari ini.

Beliau turut memuat naik video ucapannya pada perhimpunan sebelum ini, yang antaranya menyentuh aspek perpaduan dan ketabahan parti menghadapi cabaran. Video itu berdurasi tiga minit lima puluh saat.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.-Bernama

Taat Setia Dan Kerja Keras Wanita UMNO Tetap Jitu

Taat Setia Dan Kerja Keras Wanita UMNO Tetap Jitu


UMNO amat menghargai taat setia dan kerja keras Pergerakan Wanita UMNO yang disifatkan antara faktor yang membolehkan parti itu kekal menerajui kepimpinan negara.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Wanita telah menunjukkan kesungguhan dan bekerja keras dalam memenangi hati rakyat dan telah bersama-sama parti mendepani pelbagai cabaran sepanjang perjalanan parti.

"Kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran, melalui onak duri yang rencam dan ujian silih berganti namun atas permuafakatan dan penyatuan yang kukuh dan teguh, kita dapat mengatasi setiap halangan dari dalam mahupun dari luar parti kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan presiden yang dimuatkan dalam Buletin Jalinan Rakyat Wanita UMNO yang diedarkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri berharap Pergerakan Wanita yang diterajui Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sentiasa kukuh bersatu dalam saf perjuangan dan sentiasa beristiqamah dalam meneruskan perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perutusannya pula mengingatkan pemimpin UMNO di peringkat bahagian supaya tetap bersama kepimpinan tertinggi parti seiring dan senada dalam masa susah dan senang bagi menjamin kepentingan anggota juga masyarakat di semua peringkat.

"Kita juga perlu berani merungkai masalah dan menyelesaikannya untuk terus berjaya memimpin dan menerajui UMNO di peringkat mana sekalipun dan insya-Allah kita akan terus menuju kemenangan," katanya.

Beliau juga berharap para pemimpin sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di semua peringkat bahagian dan cawangan sama ada di bandar atau luar bandar akan sentiasa turun padang mendampingi masyarakat, bukan hanya ketika pemimpin tertinggi melawat kawasan masing-masing.

Bagi Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, gerak kerja tersusun dan usaha yang berpaksikan oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita BN adalah resepi kejayaan parti di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Tinggi harapan saya agar momentum kemenangan di PRK tersebut dapat diteruskan melalui gerak kerja intensif yang telah dirancang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang," katanya.

Katanya, selain resepi tersebut semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh parti komponen BN juga menyumbang kejayaan dan berharap semangat tersebut akan berkekalan demi meraih kejayaan lebih besar di PRU-14 nanti.

Ketua Pengarang Buletin Wanita yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Jamelah A. Bakar berkata sayap Wanita akan tetap setia dan berdiri teguh di belakang kepimpinan parti dan presiden yang dipilih secara demokrasi.-Bernama


"Perbezaan Antara Tun M dan Saya..." Tegas Najib

"Perbezaan Antara Tun M dan Saya..." Tegas Najib



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbezaan di antaranya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ialah beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan Umno bahagian.

"Itulah yang membezakan saya dengan Tun Dr Mahathir," katanya sambil menambah, "Dr Mahathir bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan Umno negeri yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian."

"Sebaik sahaja seorang menteri besar itu tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian. Anda akan terkejut jika saya katanya nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu..," kata Najib dalam temuramah khas dengan Kumpulan Media Star di Seri Perdana, pada Sabtu.-mstar
Ingat Pesanan Tunku Abd Rahman Perpaduan Antara Kaum Kunci Keamanan

Ingat Pesanan Tunku Abd Rahman Perpaduan Antara Kaum Kunci Keamanan


Perpaduan kaum merupakan asas utama yang mendasari perjuangan dan pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Atas dasar itu juga, katanya ketika negara mahu menuntut kemerdekaan daripada penjajah British, Tunku Abdul Rahman yang ketika itu presiden UMNO telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan MIC kerana percaya hanya melalui perpaduan kaum kemerdekaan negara dapat dicapai.

Beliau berkata inisiatif beliau dalam mewujudkan parti gabungan iaitu Parti Perikatan yang menggunakan lambang 'Kapal Layar' pada masa itu telah berjaya menyatukan kaum-kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

"Tunku Abdul Rahman menegaskan kemerdekaan negara akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India," katanya semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran' di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga bekas naib presiden UMNO berkata gabungan itu kemudiannya menjadi sebuah badan dominan yang memperjuangkan kemerdekaan sehingga negara memperolehi kebebasan mutlak pada 31 Ogos 1957.

"Parti Perikatan ini kemudian bertukar kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah gabungan parti politik yang menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini," katanya.

Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri Malaysia dari 31 Ogos 1957 hingga 22 Sept 1970. Beliau meninggal dunia pada 6 Dis 1990 pada usia 87 tahun.

Syarahan mengenai al marhum Tunku Abdul Rahman yang merupakan Bapa Kemerdekaan negara dianjurkan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) dengan kerjasama USM, Think City dan Arkib Negara Malaysia bersempena forum 'Visi Tunku Abdul Rahman Terhadap Perpaduan dan Kemakmuran Negara' yang berlangsung di Dewan Utama Pelajar USM.

Panel forum terdiri daripada Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang; Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saifulruddin Wan Jan dan kolumnis akhbar The Sun R.Nadeswaran. Ia dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM Mohamad Abdullah.

Ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan syarahan itu, Tengku Razaleigh berkata sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu berikutan ramai dalam kalangan generasi muda tidak tahu tentang peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah negara.

Ditanya adakah kerajaan perlu menubuhkan sebuah institut khusus tentang Tunku Abdul Rahman, beliau berkata kerajaan patut mempertimbangkan cadangan itu.-Bernama
Golongan Muda Diseru Sebarkan  Mesej Berkaitan Islam Tulen Secara Meluas

Golongan Muda Diseru Sebarkan Mesej Berkaitan Islam Tulen Secara Meluas


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu generasi muda membantu menyebarkan mesej mengenai Islam tulen, supaya saudara sesama Islam tidak terpesong ke dalam kegelapan dan keganasan.

Perdana menteri berkata banyak daripada orang yang melakukan perbuatan keganasan bagi pihak militan Daesh diketahui kurang kasih sayang, tetapi telah diradikalisasikan secara berterusan, membenarkan mereka menyalurkan kemarahan dan kekecewaan oleh mesej yang telah diputarbelitkan.
"Sesetengah mereka yang melakukan perjalanan untuk menyertai Daesh sebenarnya membeli salinan buku bertajuk 'Islam for Dummies'. Ia seakan-akan satu jenaka. Tetapi ia lompong, amat pahit, yang telah memusnahkan kehidupan banyak orang.
"Sebenarnya, Islam tulen dapat membetulkan mereka. Ia akan memberitahu mereka bahawa melakukan kekejaman bagi pihak Daesh tidak akan dapat menebus kehidupan mereka yang berdosa di masa lalu," katanya dalam ucaptama pada Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016, di sini, Sabtu.
Najib berkata Islam yang sebenar dan tulen telah membina peradaban-peradaban yang gemilang di dunia.
"Terdapat terlalu banyak pengajaran dan toleransi, di mana umat Islam, penganut Kristian dan Yahudi hidup dan bekerja, seiringan, dalam harmoni," katanya.
Acara bertemakan "Pemerkasaan Belia Bagi Masa Depan lebih Selamat dan Lebih Baik" itu yang disertai kira-kira 1,000 belia dari sekitar rantau ini, turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Najib berkata Malaysia juga tidak kalis daripada masalah keganasan, mengambil perhatian bahawa pada Jun lepas negara berdepan serangan pertama kali dilakukan kumpulan berkaitan Daesh di Puchong, yang mencederakan lapan orang.
Beliau berkata kerajaan mengakui betapa seriusnya ancaman itu dan telah mengambil langkah untuk menanganinya, termasuk meluluskan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara dan Akta Majlis Keselamatan Negara.
"Ini dilakukan supaya kita mempunyai perundangan yang membolehkan kita mengendalikan ancaman ini secara langsung dan saya ingin jelaskan di sini, saya tidak akan meminta maaf kerana menjadikan jaminan keselamatan semua rakyat Malaysia sebagai keutamaan saya," katanya.
Selain daripada salahtafsiran tentang Islam, Najib mengambil perhatian bahawa isu seperti pengangguran, kemiskinan, pelucutan hak undi dan peminggiran dalam kalangan generasi muda boleh membawa mereka kepada fahaman radikal.
"Kami tahu golongan muda perlukan saluran dan peluang untuk menambah baik diri mereka dan memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, termasuk oleh kuasa globalisasi.
"Isu-isu ini turut ditangani menerusi perancangan yang kami gariskan dan laksanakan selepas saya mengambil alih jawatan perdana menteri, untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.
Untuk mencapai objektif itu, Najib berkata negara berada di landasan untuk menarik pelaburan yang diperlukan untuk memastikan ekonomi terus mencatatkan pertumbuhan pesat dan menyediakan kerja baharu dan latihan kemahiran tinggi yang perlu untuk generasi muda.
Perdana menteri berkata acara hari ini dan tema khusus itu merupakan satu lagi usaha berterusan kerajaan untuk mendampingi belia bagi mendengar suara mereka dan memberikan maklum balas terhadap kebimbangan mereka.
"Kami perlukan sokongan dan penyertaan anda, sebab itu kenapa saya amat gembira melihat begitu ramai anda sekalian di sini hari ini untuk berkongsi pandangan anda dan membincangkan cara untuk menjalin perkongsian lebih baik antara kerajaan dan belia bagi memastikan kita kekal di laluan yang mementingkan keamanan dan keharmonian," katanya.
Najib berkata kerajaan mengakui bahawa belia merupakan sumber paling penting negara dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan yang terbaik untuk memastikan dekad-dekad akan datang menyediakan kemakmuran, keterangkuman, jaminan dan kegembiraan buat masyarakat.
Malah, katanya banyak langkah telah diumumkan dalam pembentangan Bajet pada bulan lepas khusus untuk membantu golongan belia, termasuk melanjutkan Skim Latihan 1Malaysia untuk siswazah, pengurangan cukai bagi syarikat untuk menyediakan latihan kepada pelajar dan Pelan Transformasi Negara 2050.
"Visi saya bagi Malaysia ialah untuk kita menjadi masyarakat terbaik, "ummah khayra", pada zaman kita. Bantu kami untuk merealisasikan hadiah yang amat bernilai ini - untuk menjadi masyarakat terbaik pada pandangan Tuhan. Itulah, buat masa ini, cabaran saya kepada anda," katanya.-Bernama
Kuasai Ilmu Kesihatan Dapat Cegah Penyakit Di Peringkat Awal

Kuasai Ilmu Kesihatan Dapat Cegah Penyakit Di Peringkat Awal


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengingatkan semua untuk lebih perihatin 
dan perlu mengambil tahu serta menghayati ilmu kesihatan agar sebarang penyakit boleh dicegah di peringkat awal, 
Beliau berkata ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan karut tentang sesuatu penyakit ketika kaedah perawatan moden telah mencapai tahap tertinggi.

Berkongsi pengalaman ketika mengunjungi beberapa pusat autisme sebelum ini, Najib berkata beliau dimaklumkan oleh pengarah pusat berkenaan bahawa ia kurang mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak autisme kerana mereka percaya keadaan anak mereka disebabkan terkena buatan orang atau ilmu hitam.

"Dalam lawatan tersebut saya bertanya berapa ramai yang menggunakan pusat rawatan yang disediakan kerajaan itu dan dimaklumkan ia tidak seperti diharapkan kerana ada ibu bapa percaya keadaan yang dialami anak-anak mereka adalah disebabkan terkena buatan orang.

"Maknanya masih ada dalam kalangan ibu bapa yang mempercayai bahawa sesuatu penyakit itu disebabkan ilmu hitam sehingga mengatasi keyakinan terhadap keupayaan sains dan rawatan moden," katanya ketika berucap merasmikan majlis Sunathon Perdana di Masjid Putra, di sini Sabtu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir pada majlis anjuran bersama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan 1,250 peserta dalam kalangan anak yatim, asnaf dan keluarga kurang kemampuan.

Perdana menteri berkata kepercayaan karut itu perlu ditinggalkan kerana jika terus dijadikan amalan, ia secara tidak langsung akan mengetepikan kaedah rawatan yang lebih terjamin.

Mengenai program Sunathon Perdana, Najib berkata ia satu pendekatan terbaik apabila pihak swasta seperti PERDIM tampil memberikan khidmat secara percuma dalam membantu golongan yang memerlukan.

"Kerjasama tersebut menyaksikan pihak PERDIM menampilkan kaedah bersunat terkini dengan cara 'clamp dan laser', berbanding cara konvensional menggunakan "tok mudim", sekali gus mengurangkan rasa takut atau sakit kepada kanak-kanak yang melaluinya.

"Saya anggap usaha kerajaan dan doktor Islam ini adalah satu lagi kaedah yang sangat baik kerana memberikan khidmat kesihatan yang tidak mampu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya.

Najib juga menzahirkan kekaguman beliau dengan program itu kerana selain nama sunathon, bilangan peserta melebihi 1,000 orang juga adalah luar biasa dan layak dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

"Saya sudah biasa merasmikan jogathon, walkathon dan pelbagai acara seumpama ini, namun program sunathon ini saya anggap lebih menarik dan boleh jadi sejarah baharu yang layak disenarai dalam MBOR," katanya.

-- BERNAMA
Kerajaan Tidak Tergugat Tohmahan Liar Pembangkang

Kerajaan Tidak Tergugat Tohmahan Liar Pembangkang



CHANGKAT JERING: Kerajaan negeri tidak pernah berasa tergugat dengan tohmahan liar pihak pembangkang yang cuba mempertikaikan ketelusan dalam memberikan yang terbaik buat rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad berpendapat, tidak perlu untuk menjawab cemuhan tidak berasas pihak pembangkang itu hanya membuang masa.

Menurutnya, kerajaan negeri sebaliknya mengambil pendekatan mengenalpasti punca masalah yang dialami penduduk, termasuk di luar bandar, dan menyelesaikannya secara berperingkat dan sistematik.



"Mereka nak mengaum, biarkan saja kerana sebagai kerajaan, kita tahu, kita yakin dan kita laksanakan kerja untuk yang terbaik kepada segenap lapisan masyarakat di negeri Perak.

"Kita tak perlu nak hebohkan kesalahan pihak yang tidak seiring dengan usaha kita kerana yang lebih penting, adalah tindakan dan hasil yang terbukti pada pembangunan rakyat setempat," katanya kepada Suara Perak.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan menyerahkan kunci rumah Projek Bantuan Rakyat (PBR) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui FELCRA kepada lapan orang penerima di Dewan Air Kuning, di sini pada petang Jumaat.

Katanya, sifat semulajadi pihak pembangkang adalah untuk menentang dan mencungkil kesalahan tidak berasas, semata-mata untuk menonjolkan kekurangan kerajaan negeri.

Saarani berkata, tindakan itu hanyalah sebagai cubaan untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri, walhal pelbagai inisiatif dilakukan setiap masa untuk membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Jelasnya, beliau menyedari terdapat beberapa penduduk yang masih belum mendapat kelulusan untuk memiliki rumah sendiri dan ianya adalah disebabkan oleh pembinaan unit rumah yang amat terhad.

Kata beliau, rakyat seharusnya bersabar dan tidak berputus asa untuk mencari jalan alternatif dalam mendapatkan sebuah rumah yang boleh didiami bersama ahli keluarga.

"Ada juga di antara mereka yang mempunyai masalah, namun kita memberikan kelonggaran dan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan hasrat mereka.

"Malah, dalam perancangan Bajet 2017 sebanyak 100 juta diperuntukkan di MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negeri) di mana sebahagian besar daripadanya untuk sektor perumahan," katanya lagi.

Terdahulu, Saarani meluangkan masa merasmikan Karnival Kemas4U yang dihadiri lebih daripada 1,000 orang golongan ibubapa dan kanak-kanak daripada Tabika Kemas sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Beliau turut merasmikan Bangunan Khas Pusat Sumber Trong yang pertama di kawasan itu sambil menyampaikan hadiah kepada peserta Marhaban KEMAS4U, sijil kepada peserta kursus jatihan dan telekung serta melawat pameran demonstrasi makanan.-SuaraPerak

Tahu Ilmu Kesihatan Mampu Cegah Penyakit Di Peringkat Awal - Najib

Tahu Ilmu Kesihatan Mampu Cegah Penyakit Di Peringkat Awal - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyemburkan air pada program berkhatan beramai-ramai 2016 bersama anak-anak komuniti Wilayah Persekutuan di Masjid Putra hari ini. Seramai 1,250 kanak-kanak didaftarkan menyertai acara tersebut yang turut dibantu Pertubuhan Doktor Doktor Islam Malaysia (PERDIM)

PUTRAJAYA - Masyarakat perlu mengambil tahu dan menghayati ilmu kesihatan agar sebarang penyakit boleh dicegah di peringkat awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan karut tentang sesuatu penyakit ketika kaedah perawatan moden telah mencapai tahap tertinggi.

Berkongsi pengalaman ketika mengunjungi beberapa pusat autisme sebelum ini, Najib berkata beliau dimaklumkan oleh pengarah pusat berkenaan bahawa ia kurang mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak autisme kerana mereka percaya keadaan anak mereka disebabkan terkena buatan orang atau ilmu hitam.

"Dalam lawatan tersebut saya bertanya berapa ramai yang menggunakan pusat rawatan yang disediakan kerajaan itu dan dimaklumkan ia tidak seperti diharapkan kerana ada ibu bapa percaya keadaan yang dialami anak-anak mereka adalah disebabkan terkena buatan orang.

"Maknanya masih ada dalam kalangan ibu bapa yang mempercayai bahawa sesuatu penyakit itu disebabkan ilmu hitam sehingga mengatasi keyakinan terhadap keupayaan sains dan rawatan moden," katanya ketika berucap merasmikan majlis Sunathon Perdana di Masjid Putra, di sini Sabtu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir pada majlis anjuran bersama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan 1,250 peserta dalam kalangan anak yatim, asnaf dan keluarga kurang kemampuan.

Perdana menteri berkata kepercayaan karut itu perlu ditinggalkan kerana jika terus dijadikan amalan, ia secara tidak langsung akan mengetepikan kaedah rawatan yang lebih terjamin.

Mengenai program Sunathon Perdana, Najib berkata ia satu pendekatan terbaik apabila pihak swasta seperti PERDIM tampil memberikan khidmat secara percuma dalam membantu golongan yang memerlukan.

"Kerjasama tersebut menyaksikan pihak PERDIM menampilkan kaedah bersunat terkini dengan cara 'clamp dan laser', berbanding cara konvensional menggunakan "tok mudim", sekali gus mengurangkan rasa takut atau sakit kepada kanak-kanak yang melaluinya.

"Saya anggap usaha kerajaan dan doktor Islam ini adalah satu lagi kaedah yang sangat baik kerana memberikan khidmat kesihatan yang tidak mampu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya.

Najib juga menzahirkan kekaguman beliau dengan program itu kerana selain nama sunathon, bilangan peserta melebihi 1,000 orang juga adalah luar biasa dan layak dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

"Saya sudah biasa merasmikan jogathon, walkathon dan pelbagai acara seumpama ini, namun program sunathon ini saya anggap lebih menarik dan boleh jadi sejarah baharu yang layak disenarai dalam MBOR," katanya.-Bernama
Akta 355 Memperkasakan Undang-Undang Mahkamah Syariah

Akta 355 Memperkasakan Undang-Undang Mahkamah Syariah



Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B Haji Baharom (B), Menteri di JABATAN PERDANA MENTERI
Berkata berhubung dengan  pindaan rang undang-undang  Ahli persendirian bagi meminda  Akta  Mahkamah Syariah (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 [AKTA 355]

1. Kerajaan mengambil berat usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang yang mencadangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

2. Seperti termaklum, sejak Akta ini digubal oleh kerajaan pada tahun 1965 dan dipinda pada 1984 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1989, Kerajaan terus komited dan istiqomah dalam mengangkat martabat institusi mahkamah Syariah. Malah pelbagai usaha telah dilakukan secara konsisten dan bertahap dalam usaha memperkasa mahkamah Syariah secara holistik termasuklah memperkenalkan skim-skim perjawatan hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah, menyediakan program-program latihan berkala kepada hakim-hakim dan pegawai-pegawai- Syariah bagi meningkatkan profesionalisme mereka, meningkatkan dan menambah-baik kemudahan prasarana institusi mahkamah syariah dan pelbagai lagi inisiatif untuk menaik taraf pentadbiran dan perjalanan Institusi Mahkamah Syariah.

3. Justeru, kerajaan sudah tentu mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperkasa dan menambah baik institusi mahkamah Syariah termasuklah usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang.

4. Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam tatacara dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, setelah segala urusan dewan selesai, Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini. Sebagaimana lazim, sudah tentu Kerajaan  akan memperhalusi secara rapi cadangan pindaan  ini dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuklah rakyat bukan Islam walaupun hakikatnya Akta 355 tidak melibatkan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.





UMNO Perak Mahu Bawa Balik Semangat PAU 2016 Bersiap Siaga Berdepan PRU-14

UMNO Perak Mahu Bawa Balik Semangat PAU 2016 Bersiap Siaga Berdepan PRU-14


KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib berharap Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan datang akan menjadi landasan terbaik buat UMNO negeri menerima suntikan semangat untuk bersiap siaga berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian yang dicapai sebelum ini.

Justeru beliau penuh yakin semangat yang akan dibangkitkan nanti dapat dibawa pulang dan dijadikan nilai tambah terhadap kesiap siagaan UMNO negeri bagi mendepani cabaran dan juga persiapan menjelangnya pilihan raya umum nanti.

“Yang pasti kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah. Atas dasar itulah kita sentiasa fokus terhadap pilihan raya. Malah kita ada cara tersendiri untuk ‘target’ kemenangan dalam PRU akan datang selain sistem yang akan tentukan sasaran dalam mencapai apa yang Barisan Nasional (BN) hajatkan.

“Contohnya pada PRU kali ini kita sasarkan lebih daripada yang kita dapat sebelum ini dan tumpuan kita adalah untuk pastikan semua kawasan yang disasarkan itu mencapai kemenangan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mengharapkan ucapan daripada pemimpin serta perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti menjurus kepada semangat untuk berdepan pilihan raya umum dalam usaha membangkitkan ‘mood’ pilihan raya di kalangan pimpinan parti dan juga ahli di akar umbi.

“Akar umbi adalah merupakan kekuatan kepada parti. Ini memang tidak dapat dinafikan. Namun begitu kita juga perlu lihat kepada bukan ahli parti termasuk yang atas pagar dan sebagainya.

“Mereka juga merupakan pengundi di dalam pilihan raya. Dan pastinya apa yang dilakukan di dalam UMNO sentiasa akan jadi perhatian dan dinilai oleh mereka yang berada di atas pagar dan dari situ kita harapkan perjalanan kita, perjuangan kita dan pelaksanaan kita berada di landasan yang benar,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut membidas pembangkang yang berpolitik sepanjang masa dan bukannya sama-sama membantu kerajaan yang telah dipilih untuk bergerak bersama.

“Mereka mahu melemahkan kerajaan. Kita tengok negara lain apabila selesai pilihan raya umum biasanya mereka akan fokus kepada pembangunan negara atau negeri tetapi kita di sini tidak menunjukkan sikap sedemikian.

“Mereka lebih suka berpolitik baik sebelum pilihan raya, selepas pilihan raya dan menjelang pilihan raya akan datang. Tanam kebencian di kalangan rakyat terhadap pelbagai usaha oleh kerajaan dan juga kemajuan yang hendak dibawa.

“Semua bertujuan untuk memburukkan kerajaan, dan timbulkan rasa resah di kalangan rakyat,” ujarnya.